Tuesday 13 November 2012

TIPS PENJAGAAN SUTERA

Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan bernilai. Ianya sangat cantik, lembut dan berkualiti sesuai dengan harganya. Jadi, bagi mengekalkan kain sutera anda kelihatan cantik dan sentiasa nampak baru, adalah sangat penting untuk kita menitikberatkan penjagaan kain sutera ini.
Kami kongsikan beberapa tips penjagaan kain sutera :

1. Elakkan mencuci kain sutera anda dengan mesin basuh.

2. Sebaiknya basuh menggunakan shower gel ataupun shampoo. Boleh juga menggunakan pelembut fabrik tapi pada kadar yang sedikit sahaja.

3. Namun anda harus ingat bahawa fabrik sutera tidak boleh direndam terlalu lama dalam air bilasan, cukup sekadar 10-15 minit.

4. Elakkan kain sutera daripada diperah, seeloknya terus dijemur apabila selesai sahaja membilas.

5. Elakkan jemur di bawah panas terik matahari dalam jangka masa yang lama.

6. Ketika menggosok, panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera.

7. Kain sutera yang hendak disimpan seeloknya digantung dan jika boleh gunakan pembalut pakaian bagi mengelakkan serangan serangga yang gemar hinggap pada benang sutera.

8. Tidak digalakkan melipat kerana ia hanya akan merosakkan benang sutera.

PENTING !

* Fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol. Elakkan minyak wangi terkena terus pada fabrik sutera. Anda dinasihatkan menyemburkan dahulu minyak wangi pada telapak tangan dan sesudah kering baru disapukan pada pakaian. Fabrik sutera yang terkena semburan minyak wangi akan berkedut dan tidak akan kembali licin seperti asal.