Tuesday 13 November 2012

TIPS PENJAGAAN SUTERA

Sutera batik merupakan fabrik yang mahal dan bernilai. Ianya sangat cantik, lembut dan berkualiti sesuai dengan harganya. Jadi, bagi mengekalkan kain sutera anda kelihatan cantik dan sentiasa nampak baru, adalah sangat penting untuk kita menitikberatkan penjagaan kain sutera ini.
Kami kongsikan beberapa tips penjagaan kain sutera :

1. Elakkan mencuci kain sutera anda dengan mesin basuh.

2. Sebaiknya basuh menggunakan shower gel ataupun shampoo. Boleh juga menggunakan pelembut fabrik tapi pada kadar yang sedikit sahaja.

3. Namun anda harus ingat bahawa fabrik sutera tidak boleh direndam terlalu lama dalam air bilasan, cukup sekadar 10-15 minit.

4. Elakkan kain sutera daripada diperah, seeloknya terus dijemur apabila selesai sahaja membilas.

5. Elakkan jemur di bawah panas terik matahari dalam jangka masa yang lama.

6. Ketika menggosok, panaskan seterika terlebih dahulu mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera.

7. Kain sutera yang hendak disimpan seeloknya digantung dan jika boleh gunakan pembalut pakaian bagi mengelakkan serangan serangga yang gemar hinggap pada benang sutera.

8. Tidak digalakkan melipat kerana ia hanya akan merosakkan benang sutera.

PENTING !

* Fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alkohol. Elakkan minyak wangi terkena terus pada fabrik sutera. Anda dinasihatkan menyemburkan dahulu minyak wangi pada telapak tangan dan sesudah kering baru disapukan pada pakaian. Fabrik sutera yang terkena semburan minyak wangi akan berkedut dan tidak akan kembali licin seperti asal.

Sunday 11 November 2012

JENIS-JENIS KAIN SUTERA

KAIN SUTERA CREPE
Antara jenis sutera yang POPULAR & TERKINI. Kainnya agak nipis & berstruktur seperti kertas pasir dan kebiasaannya harganya lebih mahal berbanding dengan sutera jacquard. Bergantung kepada pemakai samada mahu memakai lining atau tidak. Sememangnya terkenal dengan kualiti di dalam industri batik sutera. Jenis kain ini sangat lembut dan sejuk dan semestinya juga amat selesa dipakai.

KAIN SUTERA JACQUARD
Antara jenis sutera yang POPULAR. Kainnya yang lembut, sejuk dan selesa dipakai dan tidak mudah pecah apabila digosok atau dibasuh antara sebab kain jenis ini menjadi pilihan ramai. Disamping harganya yang berpatutan & mampu milik. Ditambah pula dengan hasil kerja pencanting batik yang berkemahiran tinggi maka terhasillah sutera yang berkualiti tinggi.

KAIN SUTERA SATIN
Antara koleksi sutera yang TERBAIK. Kain jenis ini nipis, lembut dan halus buatannya menjadikan harganya agak tinggi berbanding yang lain. Kualiti sutera ini yang amat tinggi dan amat sedap dipakai.

~Membeli Sutera Ibarat 'Alah Membeli Menang Memakai'